Wany ada tengok dekat Youtube yang ada orang menangis ketika
bercerita tentang Nabi Muhammad S.A.W. sehingga kewafatan beliau apabila
ditimpa musibah hanya mengingati “umatti, umatti, umatti”. Wany pelik kenapa
dia menangis, apa yang sedih sangat dengan cerita tu. Lepastu Wany cuba search dekat Youtube kisah
detik detik terakhir sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W.. Masa Wany tengok
Youtube tu, Wany menangis, menangis dan menangis. Wany fikir yang Wany tahu
tentang azab dekat neraka kelak dan Wany tahu setiap yang menyebut
“lailahaillallah” tu akan masuk syurga. Tapi yang buat dosa tu akan masuk
neraka dulu. Wany fikir ape tau? Wany fikir “ala nanti masuk syurga jugak,
masuk neraka sekejap je”. Padahal sekejap tu berapa ribu tahun? Berapa ribu
ratus tahun? Sedangkan kita kena pukul sikit pun dah rasa sakit ;/ Lagi sekali
Wany bayangkan saat Wany berada dalam api neraka tersebut. Wany terfikir Wany seorang manusia yang tak
sanggup untuk hadapi segala azab tersebut, Wany takkan sanggup ;( Wany belum
kahwin, dan dosa Wany dikongsikan dengan abah dan umi Wany, Wany cakap dekat
abah dan umi “Wany sayang abah dan umi” tapi Wany bagi dosa Wany dekat abah dan
umi Wany. Belakang abah dan umi Wany, macam macam perkara lagha Wany buat. Wany
heret ayah dan adik lelaki Wany ke neraka, sebab tak tutup aurat. Selalu keluar
rumah tak tutup aurat, padahal Wany tau “selangkah anak perempuan keluar rumah
tak tutup aurat, maka selangkah juga ayahnya dan adik/abang lelaki mereka
menghampiri neraka” ;( Alhamdulillah Wany diberi kesedaran itu, walaupun
sebelum ni ramai orang bercerita macam macam tapi Wany taknak terima, tak rasa
bersalah pun, siap cakap “kubur asing-asing, jangan duduk dekat dengan kubur
aku”, Wany lupa yang orang orang tu mungkin akan memandikan jenazah Wany,
menguruskan jenazah Wany, mengafankan jenazah Wany, menyolatkan jenazah Wany,
menggalikan kubur Wany, menanamkan jenazah Wany, membaca talkin untuk Wany, menyedekahkan
al-fatihan/yassin untuk Wany dan mungkin orang orang tu jugak akan datang untuk
majlis tahlil Wany nanti. Tapi bila Allah nak tolong Wany, bagi hidayah kat
Wany, senang je hati tu berubah dan Wany terus rasa semangat nak berhijrah
terus now rasa nak berdakwah. Tapi kalau Wany tak istiqamah, takde kawan kawan
yg baik, guru guru, ustaz/ustazah membimbing Wany, mungkin Wany akan rasa down
balik. Tapi Alhamdulillah, Wany ada kawan kawan yang baik, ustaz/ustazah yang
boleh membimbing Wany dan menyokong Wany. Now Wany tenang sangat. Kalau dulu,
kalau ada masalah, terus ajak member lepak, bercerita. Tapi sekarang tak,
sekarang ambik wuduk then solat. Bercerita/luah/mengadu pada Allah di atas
sejadah. Sekarang Wany sedar Allah sentiasa bersama kita :’)
First post
Ramai yang Tanya “kenapa Wany tetibe berhijrah ni?”. Okay
sini Wany nak cerita. Sebelum tu, kepada yang tak kenal siapa Wany sebelum ini,
Wany sebelum ni seorang yang tak menjaga aurat, tak menjaga solat, tak menjaga
hubungan dgn ibubapa, senang cerita Wany tak menjaga diri Wany seeloknya lah
sebagai seorang muslimah. Dan sebelum ni ramai yang tegur Wany, ada yang cakap
tak pakai tudung haram, kalau buat macamni haram macamtu haram dan sebagainya,
tapi tak pernah berkesan dihati Wany, cuma ada rasa marah, kalau ada yang pakai
tudung tegur Wany, Wany akan jawab dalam hati “ala, macamlah kau pakai tudung
tu baik sangat”, Wany rasa macam walaupun Wany tak pakai tudung, tapi hati Wany
baik, Wany rasa macam diri Wany ni dah cukup baik. Eh, sambung cerita hihihi
tersasar jauh pulak dah. Okay, Wany berhijrah ni pun sebab Wany mendapat
hidayah Allah melalui mimpi. Tapi Wany bersyukur sangat Allah berikan Wany
hidayah ini walaupun hanya melalui mimpi. Syukur sesangat :’) Kekuasan Allah,
siapa boleh jangka kan? Dalam mimpi tu, langit gelap sangat, angin bertiup
kencang, tetibe awan di langit menjadi
satu bulatan dan berputar putar, dan keadaan langit masa tu sangat lah
gelap. Awan tu membentuk menjadi satu
putting beliung yg besar. Semua orang melarikan diri termasuklah Wany. Dalam
tengah berlari tu Wany sempat berkata “lari sejauh mana pun, kita mati jugak”,
dan tetibe lembaga berbentuk manusia turun dari langit, lembaga itu adalah
Malaikat Israfil yang turun ke bumi untuk meniup sangkakala. Wany tersedar
tiupan sangkakala bermaksud kiamat akan berlaku. Dalam sekelip mata hancurlah
bumi. Dan tetibe Wany tersedar dari mimpi dalam keadaan pucat lesi, berpeluh
habis seluruh tubuh, badan menggigil dan airmata tak henti henti mengalir. Ya
Allah, adakah itu tandanya bumi ini sudah terlalu tua? Adakah itu tandanya
kiamat itu semakin hampir? Ya Rabb, aku taknak mati dalam keadaan tak sempat
bertaubat. Aku takut akan azab kubur, aku takut akan azab api nerakaMu ;( Tapi
esoknya Wany lupa tentang mimpi itu. Tapi Allah masih memberi hidayahNya, Dia
datangkan lagi sekali mimpi itu. Dan ia membuat Wany selalu berfikir “adakah
itu adalah hidayah daripada Allah?” Tiap hari Wany berfikir hal itu. Walaupun
selalu memikirkan hal itu, Wany masih belum bertaubat. Sehingga lah hampir
bulan Ramadhan, Wany mendapat mimpi itu lagi sekali untuk kali yang ketiga.
SubhanAllah, mimpi kali ini membuat Wany menangis, sedar betapa jauhnya diri
Wany daripada agama, sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara dan hanya tempat
untuk mencari bekalan sahaja dan yang abadi ialah akhirat kelak. Wany mulakan
dengan solat 5 waktu. Sungguh, Wany mendapat ketenangan, tak pernah Wany
merasakan setenang itu. Dan mulai dari
tu, Wany search dekat internet cara cara nak solat sunat taubat. Tanya orang.
Dan masa selepas solat sunat taubat tu, iaitu ketika sedang ber-istighfar
“astaghfirullah al-adzim”, airmata Wany laju mengalir, dan ketika itulah
bayangan dosa dosa lalu muncul, dan lagi laju airmata Wany mengalir apabila
muncul bayangan seksaan azab kubur dan api neraka. Ya Allah, sungguh aku takut
akan azab kubur dan api nerakaMu ;( Sungguh! Bahkan untuk bertemu dan menjawab
soalan Munkar/Nakir pun aku takut ;/ Takut sangat. Mampukah aku menjawab soalan
soalan mereka? Ya Rabb, moga hidayah ini, iman ini jangan ditarik kembali.
Sungguh, aku tidak mahu kembali ke jalan lama kerana jalan sekarang sangat
menenangkan. Ya, sangat tenang, damai dan indah. Aku merasainya, takpernah
setenang sekarang :’)
Subscribe to:
Comments (Atom)