First post


Ramai yang Tanya “kenapa Wany tetibe berhijrah ni?”. Okay sini Wany nak cerita. Sebelum tu, kepada yang tak kenal siapa Wany sebelum ini, Wany sebelum ni seorang yang tak menjaga aurat, tak menjaga solat, tak menjaga hubungan dgn ibubapa, senang cerita Wany tak menjaga diri Wany seeloknya lah sebagai seorang muslimah. Dan sebelum ni ramai yang tegur Wany, ada yang cakap tak pakai tudung haram, kalau buat macamni haram macamtu haram dan sebagainya, tapi tak pernah berkesan dihati Wany, cuma ada rasa marah, kalau ada yang pakai tudung tegur Wany, Wany akan jawab dalam hati “ala, macamlah kau pakai tudung tu baik sangat”, Wany rasa macam walaupun Wany tak pakai tudung, tapi hati Wany baik, Wany rasa macam diri Wany ni dah cukup baik. Eh, sambung cerita hihihi tersasar jauh pulak dah. Okay, Wany berhijrah ni pun sebab Wany mendapat hidayah Allah melalui mimpi. Tapi Wany bersyukur sangat Allah berikan Wany hidayah ini walaupun hanya melalui mimpi. Syukur sesangat :’) Kekuasan Allah, siapa boleh jangka kan? Dalam mimpi tu, langit gelap sangat, angin bertiup kencang,  tetibe awan di langit menjadi satu bulatan dan berputar putar, dan keadaan langit masa tu sangat lah gelap.  Awan tu membentuk menjadi satu putting beliung yg besar. Semua orang melarikan diri termasuklah Wany. Dalam tengah berlari tu Wany sempat berkata “lari sejauh mana pun, kita mati jugak”, dan tetibe lembaga berbentuk manusia turun dari langit, lembaga itu adalah Malaikat Israfil yang turun ke bumi untuk meniup sangkakala. Wany tersedar tiupan sangkakala bermaksud kiamat akan berlaku. Dalam sekelip mata hancurlah bumi. Dan tetibe Wany tersedar dari mimpi dalam keadaan pucat lesi, berpeluh habis seluruh tubuh, badan menggigil dan airmata tak henti henti mengalir. Ya Allah, adakah itu tandanya bumi ini sudah terlalu tua? Adakah itu tandanya kiamat itu semakin hampir? Ya Rabb, aku taknak mati dalam keadaan tak sempat bertaubat. Aku takut akan azab kubur, aku takut akan azab api nerakaMu ;( Tapi esoknya Wany lupa tentang mimpi itu. Tapi Allah masih memberi hidayahNya, Dia datangkan lagi sekali mimpi itu. Dan ia membuat Wany selalu berfikir “adakah itu adalah hidayah daripada Allah?” Tiap hari Wany berfikir hal itu. Walaupun selalu memikirkan hal itu, Wany masih belum bertaubat. Sehingga lah hampir bulan Ramadhan, Wany mendapat mimpi itu lagi sekali untuk kali yang ketiga. SubhanAllah, mimpi kali ini membuat Wany menangis, sedar betapa jauhnya diri Wany daripada agama, sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara dan hanya tempat untuk mencari bekalan sahaja dan yang abadi ialah akhirat kelak. Wany mulakan dengan solat 5 waktu. Sungguh, Wany mendapat ketenangan, tak pernah Wany merasakan setenang itu.  Dan mulai dari tu, Wany search dekat internet cara cara nak solat sunat taubat. Tanya orang. Dan masa selepas solat sunat taubat tu, iaitu ketika sedang ber-istighfar “astaghfirullah al-adzim”, airmata Wany laju mengalir, dan ketika itulah bayangan dosa dosa lalu muncul, dan lagi laju airmata Wany mengalir apabila muncul bayangan seksaan azab kubur dan api neraka. Ya Allah, sungguh aku takut akan azab kubur dan api nerakaMu ;( Sungguh! Bahkan untuk bertemu dan menjawab soalan Munkar/Nakir pun aku takut ;/ Takut sangat. Mampukah aku menjawab soalan soalan mereka? Ya Rabb, moga hidayah ini, iman ini jangan ditarik kembali. Sungguh, aku tidak mahu kembali ke jalan lama kerana jalan sekarang sangat menenangkan. Ya, sangat tenang, damai dan indah. Aku merasainya, takpernah setenang sekarang :’)